Monday 14 December 2015

SALAM PERKENALAN :Saya Mas Nor Syazwani

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan.

Bismillahirahmanirrahim.

Syukur pada yang Allah SWT, pada usia 36 tahun saya telah diberi kesempatan untuk berkongsi pelbagai pengalama dan ilmu sambil melatih diri untuk ber"Blog". Rugi rasanya jika pengalaman yang sedikit ini tidak dikongsi. Mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada kita semua, khasnya kepada yang sudi singgah dan membaca blog saya ini.



Saya, Mas Nor Syazwani Bt Rathi. Lahir pada 10 September di Taiping Perak. Pendidikan awal saya bermula di Sekolah Kebangsaan Jelutong dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin, Taiping. Saya hanya lah pelajar sederhana. Pengalaman saya sepanjang saya belajar ni banyak di uji. Biasanya saya akan dapat keputusan yang biasa-biasa sahaja walau sehebat mana pun saya berusaha. Ini mungkin anggapan saya sahaja. Tetapi bila ditelusuri pengalaman saya dari UPSR sampailah ke peringkat Ijazah, agak perit juga perjalanan saya dalam mencari ilmu. Namun saya tidak pernah berputus asa. Walaupun kadang-kadang terasa "down" juga tapi saya memang tak jemu mencari ilmu.

Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, saya telah berpeluang melanjutkan pengajian di bidang kejururawatan dan berjaya menamatkan pengajian Diploma Kejururawatan selama 3 tahun. Tidak berhenti setakat itu sahaja, tanpa pengalaman yang cukup saya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Kejururawatan. Rezeki saya tak panjang apabila terpaksa berhenti separuh jalan kerana masalah masa dan kewangan.

Saya tidak berputus asa. Saya sangat-sangat rasa bersyukur apabila permohonan saya untuk meyambung pengajian dalam pos basik onkologi di terima dan yang paling manis sekali pengajian saya itu telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital tempat saya bekerja.

Setelah itu saya telah menyambung lagi pengajian di UM secara separuh masa dalam bidang entreprenurship. Dan selepas itu saya diberi rezeki lagi apabila di sponsor oleh Yayasan Sime Darby untuk menyambung pengajian Ijazah Kejururawatan.

Memang sangat-sangat indah percaturan Allah SWT untuk saya. Kini saya sedang mencari ilmu dalam bidang penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita. Saya telah menghadiri pelbagai kelas spa dan kecantikan dan sedang berusaha untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi perniagaan saya.

Buat masa ini saya telah bermula denga Online Spa. Mungkin pelik sedikit, macam mana pulak nak berspa secara online. Tetapi Alhamdulillah, ramai juga yang telah saya bantu dengan memberi khidmat nasihat dan panduan untuk ramai wanita tampil sihat dan berkeyakinan dengan kos yang bersesuaian.

Insya Allah banyak lagi yang akan saya kongsi dalam blog ini. Bertemu lagi di lain penulisan

Sebarang pertanyaan tentang cara berspa di rumah atau penjagaan kesihatan wanita boleh whatapps saya di 019-3535900 atau boleh add saya di fb MasNor Syazwani.