Monday 18 January 2016

SRI SARI HERBS MENGUBAH HIDUPKU

Assalamualaikum semua.

Terima kasih kerana masih sudi mengikuti perkembangan dan cerita-cerita saya di blog ini.

Pada entri kali ini saya suka sangat nak berkongsi kisah bagaimana saya terlibat dalam bidang spa dan pengalaman saya bersama Sri Sari Herbs. Ia bermula semasa saya berpantang anak ketiga. Begini kisahnya.....



Semasa mengandungkan anak pertama dan kedua dahulu, saya tidaklah begitu serius mengambil berat tentang diri saya terutamanya dari segi berpantang dan menjaga kecantikan. Antara faktornya adalah kerana walaupun saya bekerja, saya memang tidak berkemampuan untuk beli sebarang produk kecantikan. Sehinggakan nak beli sabun mandi pun saya akan beli yang paling murah sekali. Berpantang pun saya hanya tahu apa yang saya tahu sahaja, tak pernah nak ambil tahu lebih-lebih tentang penjagaan berpantang yang betul. Beli produk berpantang pun ikut apa yang orang beli.

Walaupun kemudahan internet dah lama berkembang, saya tak pernah google atau mencari maklumat tambahan. Facebook pun setahun ni sahaja baru ada akaun, tu pun minta bantuan anak sulong saya untuk buat akaun Facebook. Kehidupan saya begitu sibuk dengan kerja sahaja. Walaupun saya ada berniaga secara kecil-kecilan, semuanya tidak bertahan dan saya pun tak tahu bagaimana nak mengembangkan perniagaan saya itu.

Tapi semasa mengandung anak ketiga, barulah saya ada telefon yang canggih sikit. Itupun suami belikan untuk hadiah hari lahir. Masa tu lahir satu kesedaran dalam diri saya. Saya mulai sedar yang selama ini saya memeras tenaga saya tanpa menghargai sedikit pun diri saya sendiri yang sentiasa bekerja keras. Saya tidak ambil sedikit pun dari gaji saya untuk diri saya. Saya juga mula berfikir yang saya tidak menghargai diri saya sendiri. Saya menjadi terlalu letih dan ia sering berakhir dengan tidur. Sejak dari itu, saya mula nekad untuk tidak mengabaikan diri saya. Saya mula belajar untuk menghargai diri saya sendiri. Maka saya mula mencari pelbagai maklumat tentang herba, penjagaan kecantikan semasa berpantang, produk semulajadi dan juga mencari-cari produk yang berunsurkan spa.

Banyak juga yang saya belajar. Kebanyakannya, saya baca dari blog dan juga dari majalah-majalah yang saya beli. Sehinggalah pada suatu hari saya menemui blog Spa Mawar Putih. Di sini lah saya mengenali produk Sri Sari Herbs yang paling best sekali iaitu 7 Aura Bunga. Saya gagahkan juga mengajak suami untuk membeli 7 Aura Bunga di Spa Mawar Putih walaupun waktu tu baru habis berpantang.


Inilah produk yang membuatkan saya jatuh cinta pada Sri Sari Herbs. Walaupun terdapat pelbagai mandian bunga dan aromaterapi, saya dapati 7 Aura Bunga benar-benar exotic. Baunya yang menenangkan, menjadikan saya kurang stress berbanding dulu. Maka saya semakin suka dan mula berjinak-jinak untuk mengenali Sri Sari Herbs dengan lebih dekat lagi. Saya mula mendaftarkan diri menghadiri kelas-kelas spa anjuran Sri Sari Herbs. Tanpa berfikir panjang saya terus mendaftar untuk menjadi agen. Niat saya hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Saya mencuba dan menggunakan hampir kesemua produk Sri Sari Herbs.

Apa yang peliknya, saya tidak menjual produk ini pada mulanya. Namun teguran-demi teguran bertanyakan tentang perubahan diri saya menyebabkan saya mula berkongsi cerita. Bermula dari seorang pelanggan yang merupakan seorang kenalan, perniagaan saya makin mendapat sambutan ramai rakan-rakan sekerja. Sehinggakan ada diantara mereka ingin menjadi agen dropship saya pula.

Begitulah kisah saya dan Sri Sari Herbs. Kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan.

Jika ada kawan-kawan yang nak tahu tentang produk Sri Sari Herbs atau peluang untuk mula perniagaan tanpa modal boleh hubungi saya di talian 019-3535900.

Jumpa lagi.


Sunday 17 January 2016

PERCUTIAN KELUARGA 2015

Tahun 2015 sudah melabuhkan tirainya. Kami sekeluarga sempat juga bercuti bersama sebelum 2015 berakhir. Macam-macam pahit manis bercuti kali ini. Bermula dari 18 Desember 2015 sehingga 28 Desember 2015, lebih kurang 11 hari aku bercuti dari kesibukan urusan pejabat. Memang terasa seronok sekali bila dapat cuti panjang dan luangkan masa bersama keluarga.

Percutian kami bermula di Pantai Teluk Cempedak. Kami sekeluarga bertolak lebih kurang pada pukul 11 malam. perjalanan percutian kali ini kami releks-releks sahaja. Bila suami terasa letih memandu, kami akan berhenti rehat atau tidur di perhentian rehat. Sampai sahaja di Teluk Cempedak, suasana memang segar sekali. Angin laut bertiup agak kuat. Di sini aku biarkan sahaja anak-anak main pasir pantai. Aku pun siap join sekali. Ambil gambar dan jalan-jalan sekitar pantai.



Selepas sarapan pagi di Restoran Bay Route, kami teruskan perjalanan ke Cherating. Sepanjang perjalanan, kami melihat jalan-jalan raya dipenuhi habuk dan debu-debu merah. Menurut kata suami, itu adalah kesan dari pencemaran bauksit. Lori-lori bauksit pula begitu laju memecut di jalan raya. Sayang sungguh, pemandangan yang cantik, sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. Kami tiba di hotel Legend, Cherating. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami ke sini. Kualiti hotel ini semakin lama-semakin menurun berbanding pertama kali sampai ke sini. Namun apa yang menarik, kali ini kami memaksimakan keseronokan berada di sini. Aku dan Hanani benar-benar 'enjoy' berbasikal di kawasan hotel, sewa basikal pun tidak terlalu mahal. Dalam 10 ringgit untuk 2 basikal selama sejam.

2 Hari di Cherating, kami terus ke Kertih dan bermalam semalam di rumah sepupu suami. Keesokan harinya kami terus ke Pantai Batu Burok dan bermalam semalam di Resort Intan. Resort ni sangat selesa. Kami pilih bilik dengan 3 katil. Bilik agak luas. Yang penting tandasnya sangat bersih. Resort ni terletak berhadapan dengan kawasan pantai. Aku memang enjoy dengan bunyi ombak dan tiupan angin yang agak kuat.


Keesokan harinya, kami teruskan lagi perjalanan ke Kota Baru, Kelantan. Suami tak pernah ke sini sebelum ni. Sampai sahaja Kota Baru, kami terus ke tempat penginapan Rayyan Guest House, betul-betul di tengah-tengah pekan KB. Tempat ni tempat baru, konsep servis apartment. Kami puas hati sangat dengan tempat ni sampaikan kami buat keputusan untuk tinggal 2 malam di KB.

Kali ni, suami betul-betul nak jalan-jalan pusing Kelantan. Kami ke Pantai Cahaya Bulan, cari serunding di Kampung Laut, jalan-jalan Pengkalan Kubor dan 'shopping' sakan di Rantau Panjang. Kalau bab makan, lagi lah apa sahaja yang orang lain 'suggest' di blog mereka, hampir kesemuanya kami cuba.

Habis boong di Rantau Panjang kami teruskan perjalanan balik ke Kampung di Taiping, Perak. Walau ke mana pu kami berjalan, rumah mak tempat yang paling best sekali. Cuti 10 hari kali ni, memang betul-betul berbaloi. Walaupun terpaksa melayan kerenah anak-anak yang kadang-kala menyebabkan kami kurang sabar, tapi kami betul-betul puas hati dengan percutian kali ni.

Apa pun bercuti bersama keluarga memang paling best.

7 LANGKAH MUDAH BERSPA DI RUMAH

Berspa di rumah memang lebih mudah. Tak perlu keluar dan susah-susah nak cari parking. Boleh ambil sebanyak mana masa yang kita perlukan untuk rehat dan rawat semula tubuh dan minda yang keletihan. Di sini, saya suka sangat nak berkongsi 7 langkah mudah untuk berspa di rumah. Apa yang penting kita perlu luangkan sedikit masa untuk belai diri sendiri. Untuk yang sibuk Bekerja, mungkin boleh ambil cuti setengah hari dan lakukan spa di rumah sahaja. Lebih jimat wang dan masa.

Langkah 1
Nyalakan lilin aromaterapi dan malapkan lampu untuk mendapatkan suasana sejuk dan tenang.

Langkah 2
Pasangkan alunan muzik spa yang menenangkan. Boleh pilih pelbagai muzik spa di you tube.

Langkah 3
Sediakan tuala yang tebal dan gebu, rasakanseolah-olah anda dibelai manja.

Langkah 4
Pilih aktiviti spa yang mudah seperti rendaman kaki atau mandian aromaterapi seperti Mandian 7 Aura Bunga. Tidak perlu lakukan aktiviti spa yang lama jika kita kesuntukan masa.

Langkah 5
Sapukan VCO Lavender pada seluruh tubuh atau mana-mana bahagian tubuh untuk rehat dan relax. Nikmati bauan lavender yang nyaman dan merehatkan badan.

Langkah 6
Baring dan tutup mata sambil menikmati suasana spa yang damai dan alunan muzik yang menenangkan fikiran.

Langkah 7
Minum teh panas atau apa-apa minuman kegemaran untuk menikmati rasa rehat yang maksimum.

Lihat, betapa mudah dan seronoknya berspa di rumah. Saya pasti tubuh badan kita akan kembali segar dan cergas untuk menghadapi cabaran dan tugasan seterusnya.

Selamat mencuba, jumpa lagi di entri akan datang.

Sunday 10 January 2016

SERONOKNYA SPA DI RUMAH



Assamualaikum.

Pada entri kali ini saya suka nak berkongsi dengan para pembaca mengenai betapa seronoknya berspa di rumah. Kebanyakan wanita sememangnya suka memanjakan diri. Ada yang suka membelai diri di spa dan tidak kurang juga yang suka berspa di rumah.

Kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini menyebabkan wanita semakin sibuk dengan pelbagai tanggungjawab dan tugas seharian. Adakalanya keadaan ini menyebabkan wanita sering mengabaikan penjagaan diri dan kesihatan. Saya sendiri pernah mengahadapi situasi ini apabila terlalu sibuk untuk meningkatkan taraf kehidupan. Kesibukan ini boleh menyebabkan wanita semakin tertekan dan sering keletihan.

Walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai kesedaran diri semakin pandai membahagikan masa dan tahu menyusun jadual harian supaya aktiviti penjagaan diri dapat dilakukan sebaiknya. Bagi wanita yang mempunyai masa dan bajet yang mencukupi bolehlah meluangkan masa untuk mengunjungi spa dan pusat-pusat kecantikan. Namun bagi wanita yang kurang mempunyai masa bolehlah berspa di rumah.

Sebenarnya, berspa di rumah sangatlah menyeronokkan. Ia bukan sahaja memulihkan tubuh badan yang keletihan, tetapi ia juga membantu untuk melegakan tekanan emosi dan meningkatkan rasa keyakinan diri. Biasanya aktiviti berspa boleh dilakukan pada bila-bila masa atau pun pada hujung minggu. Untuk aktiviti spa hujung minggu, biasanya saya akan membuat jadual aktiviti spa yang lebih mudah. Contohnya, saya akan berspa di rumah setiap hari sabtu. Pada sabtu minggu pertama, saya akan belulur dan mandi bunga. Pada sabtu minggu kedua pula, saya akan buat rendaman kaki. Pada sabtu minggu ketiga saya akan buat spa rambut. Pada sabtu minggu keempat pula saya akan buat rawatan wajah.

Nah, jadual begini akan menjadikan aktiviti berspa di rumah menjadi lebih teratur dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian. Seronokan berspa dirumah??

Baiklah, saya berhenti di sini dulu. Saya akan berkongsi apakah aktiviti spa yang boleh dilakukan dalam masa 15 hingga 20 minit sahaja. Jumpa lagi ye di entri akan datang.

*Gambar dari google