Sunday 10 January 2016

SERONOKNYA SPA DI RUMAH



Assamualaikum.

Pada entri kali ini saya suka nak berkongsi dengan para pembaca mengenai betapa seronoknya berspa di rumah. Kebanyakan wanita sememangnya suka memanjakan diri. Ada yang suka membelai diri di spa dan tidak kurang juga yang suka berspa di rumah.

Kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini menyebabkan wanita semakin sibuk dengan pelbagai tanggungjawab dan tugas seharian. Adakalanya keadaan ini menyebabkan wanita sering mengabaikan penjagaan diri dan kesihatan. Saya sendiri pernah mengahadapi situasi ini apabila terlalu sibuk untuk meningkatkan taraf kehidupan. Kesibukan ini boleh menyebabkan wanita semakin tertekan dan sering keletihan.

Walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai kesedaran diri semakin pandai membahagikan masa dan tahu menyusun jadual harian supaya aktiviti penjagaan diri dapat dilakukan sebaiknya. Bagi wanita yang mempunyai masa dan bajet yang mencukupi bolehlah meluangkan masa untuk mengunjungi spa dan pusat-pusat kecantikan. Namun bagi wanita yang kurang mempunyai masa bolehlah berspa di rumah.

Sebenarnya, berspa di rumah sangatlah menyeronokkan. Ia bukan sahaja memulihkan tubuh badan yang keletihan, tetapi ia juga membantu untuk melegakan tekanan emosi dan meningkatkan rasa keyakinan diri. Biasanya aktiviti berspa boleh dilakukan pada bila-bila masa atau pun pada hujung minggu. Untuk aktiviti spa hujung minggu, biasanya saya akan membuat jadual aktiviti spa yang lebih mudah. Contohnya, saya akan berspa di rumah setiap hari sabtu. Pada sabtu minggu pertama, saya akan belulur dan mandi bunga. Pada sabtu minggu kedua pula, saya akan buat rendaman kaki. Pada sabtu minggu ketiga saya akan buat spa rambut. Pada sabtu minggu keempat pula saya akan buat rawatan wajah.

Nah, jadual begini akan menjadikan aktiviti berspa di rumah menjadi lebih teratur dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian. Seronokan berspa dirumah??

Baiklah, saya berhenti di sini dulu. Saya akan berkongsi apakah aktiviti spa yang boleh dilakukan dalam masa 15 hingga 20 minit sahaja. Jumpa lagi ye di entri akan datang.

*Gambar dari google

No comments:

Post a Comment