Sunday 17 January 2016

PERCUTIAN KELUARGA 2015

Tahun 2015 sudah melabuhkan tirainya. Kami sekeluarga sempat juga bercuti bersama sebelum 2015 berakhir. Macam-macam pahit manis bercuti kali ini. Bermula dari 18 Desember 2015 sehingga 28 Desember 2015, lebih kurang 11 hari aku bercuti dari kesibukan urusan pejabat. Memang terasa seronok sekali bila dapat cuti panjang dan luangkan masa bersama keluarga.

Percutian kami bermula di Pantai Teluk Cempedak. Kami sekeluarga bertolak lebih kurang pada pukul 11 malam. perjalanan percutian kali ini kami releks-releks sahaja. Bila suami terasa letih memandu, kami akan berhenti rehat atau tidur di perhentian rehat. Sampai sahaja di Teluk Cempedak, suasana memang segar sekali. Angin laut bertiup agak kuat. Di sini aku biarkan sahaja anak-anak main pasir pantai. Aku pun siap join sekali. Ambil gambar dan jalan-jalan sekitar pantai.



Selepas sarapan pagi di Restoran Bay Route, kami teruskan perjalanan ke Cherating. Sepanjang perjalanan, kami melihat jalan-jalan raya dipenuhi habuk dan debu-debu merah. Menurut kata suami, itu adalah kesan dari pencemaran bauksit. Lori-lori bauksit pula begitu laju memecut di jalan raya. Sayang sungguh, pemandangan yang cantik, sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. Kami tiba di hotel Legend, Cherating. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami ke sini. Kualiti hotel ini semakin lama-semakin menurun berbanding pertama kali sampai ke sini. Namun apa yang menarik, kali ini kami memaksimakan keseronokan berada di sini. Aku dan Hanani benar-benar 'enjoy' berbasikal di kawasan hotel, sewa basikal pun tidak terlalu mahal. Dalam 10 ringgit untuk 2 basikal selama sejam.

2 Hari di Cherating, kami terus ke Kertih dan bermalam semalam di rumah sepupu suami. Keesokan harinya kami terus ke Pantai Batu Burok dan bermalam semalam di Resort Intan. Resort ni sangat selesa. Kami pilih bilik dengan 3 katil. Bilik agak luas. Yang penting tandasnya sangat bersih. Resort ni terletak berhadapan dengan kawasan pantai. Aku memang enjoy dengan bunyi ombak dan tiupan angin yang agak kuat.


Keesokan harinya, kami teruskan lagi perjalanan ke Kota Baru, Kelantan. Suami tak pernah ke sini sebelum ni. Sampai sahaja Kota Baru, kami terus ke tempat penginapan Rayyan Guest House, betul-betul di tengah-tengah pekan KB. Tempat ni tempat baru, konsep servis apartment. Kami puas hati sangat dengan tempat ni sampaikan kami buat keputusan untuk tinggal 2 malam di KB.

Kali ni, suami betul-betul nak jalan-jalan pusing Kelantan. Kami ke Pantai Cahaya Bulan, cari serunding di Kampung Laut, jalan-jalan Pengkalan Kubor dan 'shopping' sakan di Rantau Panjang. Kalau bab makan, lagi lah apa sahaja yang orang lain 'suggest' di blog mereka, hampir kesemuanya kami cuba.

Habis boong di Rantau Panjang kami teruskan perjalanan balik ke Kampung di Taiping, Perak. Walau ke mana pu kami berjalan, rumah mak tempat yang paling best sekali. Cuti 10 hari kali ni, memang betul-betul berbaloi. Walaupun terpaksa melayan kerenah anak-anak yang kadang-kala menyebabkan kami kurang sabar, tapi kami betul-betul puas hati dengan percutian kali ni.

Apa pun bercuti bersama keluarga memang paling best.

No comments:

Post a Comment