Sunday 17 January 2016

7 LANGKAH MUDAH BERSPA DI RUMAH

Berspa di rumah memang lebih mudah. Tak perlu keluar dan susah-susah nak cari parking. Boleh ambil sebanyak mana masa yang kita perlukan untuk rehat dan rawat semula tubuh dan minda yang keletihan. Di sini, saya suka sangat nak berkongsi 7 langkah mudah untuk berspa di rumah. Apa yang penting kita perlu luangkan sedikit masa untuk belai diri sendiri. Untuk yang sibuk Bekerja, mungkin boleh ambil cuti setengah hari dan lakukan spa di rumah sahaja. Lebih jimat wang dan masa.

Langkah 1
Nyalakan lilin aromaterapi dan malapkan lampu untuk mendapatkan suasana sejuk dan tenang.

Langkah 2
Pasangkan alunan muzik spa yang menenangkan. Boleh pilih pelbagai muzik spa di you tube.

Langkah 3
Sediakan tuala yang tebal dan gebu, rasakanseolah-olah anda dibelai manja.

Langkah 4
Pilih aktiviti spa yang mudah seperti rendaman kaki atau mandian aromaterapi seperti Mandian 7 Aura Bunga. Tidak perlu lakukan aktiviti spa yang lama jika kita kesuntukan masa.

Langkah 5
Sapukan VCO Lavender pada seluruh tubuh atau mana-mana bahagian tubuh untuk rehat dan relax. Nikmati bauan lavender yang nyaman dan merehatkan badan.

Langkah 6
Baring dan tutup mata sambil menikmati suasana spa yang damai dan alunan muzik yang menenangkan fikiran.

Langkah 7
Minum teh panas atau apa-apa minuman kegemaran untuk menikmati rasa rehat yang maksimum.

Lihat, betapa mudah dan seronoknya berspa di rumah. Saya pasti tubuh badan kita akan kembali segar dan cergas untuk menghadapi cabaran dan tugasan seterusnya.

Selamat mencuba, jumpa lagi di entri akan datang.

1 comment: